Powered by Bravenet Bravenet Blog

Phonecam

journal photo

Tag Board

Grainne: Hi all. You may be disappointed if you fail, but you are doomed if you don't try.I am from Argentina and also now am reading in English, tell me right I wrote the following sentence: "Find and book cheap airline tickets, hotel rooms, vacations and cars, cheap tickets to china, cheap ticket china, low fare to china, cheap tickets.":-( Thanks in advance. Grainne.
Normala: Pembetulan : "Semoga berjaya dalam pelajaran"
Normala: Terima kasih atas sokongan Faisal terhadap usaha Auntie. Auntie juga berharap Faisal akan meneruskan usaha bersama SST. Semoga berjalan dalam pelajaran.
Normala: Happy New Year to Faisal too. Jom join IM Workshop di KL pd 6/1/08. Pak Cik Zul pun ada sama.
Normala: GO FAISAL ... GO ... GO ... GO!!!
Normala: Salam Aidil Fitri untuk Faisal sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
azri: selamat menyambut aidilfitri, ilmu itu penyuluh kejayaan..
din: Assalamualaikum, nak tanya ??macam mana nak insert lagu dan video dlm blog brave ni?? aku dah try tak leh le, blog lain(blogger.com) senang je
AZRI: SELAMAT MENNYAHUT IDADAH PUASA RAMADHAN, TAHNIAH ..ILMU ITU PELITA KEHIDUPAN..MENERANGI MASA HADAPAN.
SPD Zul: Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan selamat menjalankan ibadat Posa. Salam perjuangan dari saya.
Normala: Faisal, semoga dapat meneruskan ibadat puasa dll di bulan Ramadhan ini dgn lebih kusyuk dan diberkati Allah swt.
Normala: Salam maju jaya dari Auntie. Semoga terus sukses!
melor: JAWATAN KOSONGPELUANG MENAMBAHKAN PENDAPATAN DARI RUMAH SEBAGAI JURUTAIP MEMPROSES DATA PENGIKLANAN (RM300.00 - RM800.00 SEMINGGU)Salam sejahtera!Menjelang tahun baru 2007 ini, kami menawarkan jawatan kosong kepada seberapa banyak individu yang berminat untuk menambahkan pendapatan dari rumah sebagai Jurutaip Memproses Data Pengiklanan (Home Based Ads Data Entry / Typist Personel) . Kami merupakan penyedia servis perkhidmatan pemprosesan data pengiklanan yang berkesan untuk menarik minat pelangg
Normala: Lama dah tak update blog. Keep it up!
joe: nak prospek lagi ramai gila-gila punya masuk sini http://www.freewebs.com/milionmail
azri: prospect ramai tu masuk web faisal, call jangan tak call
Auntie Mala: InsyaAllah, Impian Faisal akan jadi kenyataan sedikit masa lagi!
SPD Zul: hebat faizal. Learn and collect the all the lesson learned.
faisal: terima kasih kepada semua yang memberi bimbingan...tq2
Zul Salleh: Selamat berjuang,Faisal bersama kita ke puncak kejayaan- dalam bisnes jatuh dan bangun adalah perkara biasa,yg luar biasa ialah jatuh dan tak berani nak bangun semula.
Normala: Tahniah Faisal kerana memilih langkah bijak untuk bersama SST. InsyaAllah, pelajaran & perniagaan boleh berjalan seiring.
azri: kata2 yang hebat..teruskan usaha..pastinya 5 tahun dari sekarang u are successful person..tak rugi muda2 dah involve
naturalskeptic: Welcom to the world of blogging! Feel free to stop by anytime and visit!

Please type in the four characters shown in the black box.

Tuesday, January 1st 2008

3:01 PM

Selamat Datang 2008..

  • Mood: ALhamdulillah SYukur..
Assalamualaikum semua...Alhamdulillah kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas di alam ciptaan Allah ini. Setiap hembusan nafas adalah nikmat yang tidak terhingga nilainya. Rasa kesyukuran haruslah dipanjatkan agar kita sentiasa dirahmati Allah.



Disini ingin saya sampaikan sepotong makna hadith nabi kita Muhammad S.A.W.


Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata : "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dan bertanya : 'Ya Rasulullah, tunjukanlah aku satu amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh Allah dan oarng ramai'. Maka dijawab nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, nescaya engkau dicintai oleh Allah dan enkau zahid pada apa yang ada disisi manusia, maka nescaya enkau dicintai oleh orang ramai'.

Jika kita ingin dicintai oleh Allah dan manusia, maka kita harus zahid pada kedua-duanya. Bertaqwalah kepada Allah kerana ketaqwaanlah yang membezakan kita sesama manusia, bukannya wang, kecantikan,kekuatan,jawatan dan segala benda yang ada didunia ini. InsyaAllah,  pada tahun baru ini kita  akan diberi kekuatan untuk terus  berusaha  dan mencapai kegemilangan dalam apa jua bidang  yang diceburi dan kita mesti ingat bahawa  kita manusia  adalah makhluk yang saling memerlukan antara satu sama lain. Semoga SST terus berkembang maju dan SEmua Ahli SST berjuang dengan ikhlas
demi AGAMA, dan NegARA.

ALLAHHUAKBAR! ALLAHHUAKBAR! ALLAHHUAKBAR!!
9 Comment(s) / Post Comment

Monday, September 17th 2007

3:53 PM

BERANI UNTUK MENCUBA....

 Strok adalah sejenis penyakit otak yang sering berlaku dengan tiba-tiba.  Biasanya ia disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.   Kebanyakan strok berpunca daripada darah beku didalam arteri.

 

Strok adalah antara sebab utama kematian dan kehilangan keupayaan bekerja di Malaysia.   Strok boleh mewujudkan keadaan yang memerlukan pernafasan bantuan, tekanan dada atau kedua-duanya sekali.  Walaupun penyakit ini banyak menyerangi orang yang sudah berumur, ianya boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur sekalipun.  Anda perlu mengetahui tanda-tanda amaran awal strok supaya rawatan kecemasan dapat dimulakan segera. 

 

 Tanda-tanda amaran strok termasuklah:-

 

  • Terasa lemah atau kebas dimuka, tangan dan kaki di sebelah badan.
  • Susah bercakap atau sukar difahami percakapannya.
  • Mabuk atau pening dengan tidak ada sebab atau terjatuh tiba-tiba.
  • Kelabu mata, khasnya melibatkan sebelah mata sahaja.
  • Tidak sedarkan diri.
  • Salah satu tanda perdarahan di otak ialah rasa pening yang teruk dan luar biasa yang berlaku dengan tiba-tiba .

 

Tanda amaran ini mungkin sementara sahaja (Serangan Strok sementara atau TIA) tidak melebihi 24 jam atau hanya beberapa minit sahaja.  Apabila tanda-tanda ini berlaku, cepatlah berjumpa doktor kerana rawatan perubatan atau pembedahan awal boleh mencegah daripada berlakunya strok.  Jika gejala-gejala di atas agak teruk, telefonlah ambulan.  Walaupun tanda-tanda yang serupa boleg disebabkan oleh mabuk kerana arak, memakan ubat berlebihan, reaksi insulin ataupun penyakit lain, ia juga adalah tanda strok walaupun berlaku seketika sahaja.  Kejayaan rawatan ke atas mangsa bergantung kepada pengenalan tanda-tanda awal, kepantasan menggerakkan sidtem rawatan kecemasan dan juga kecepatan membawa mangsa ke hospital.  Asas-asas utama bantuan hidup asas adalah penting dalam penjagaan mangsa strok, terutamanya apabila mangsa kurang sedar.   Sekatan saluran pernafasan boleh berlaku.  Jika ini terjadi, saluran pernafasan mestilah dibuka segera dan bantuan pernafasan perlu diberikan.

 

FAKTOR-FAKTOR RISIKO STROK

FAKTOR RISIKO YANG TIDAK BOLEH DIKAWAL:-

 

  • Umur: Kadar strok adalah dua kali ganda bagi setiap 10 tahun apabila seseorang itu melebihi umur 55 tahun.

 

  • Jantina :  Lelaki mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi daripada perempuan.  Perempuan yang menggunakan pil perancang, dan merokok, mempunyai kadar risiko yang lebih tinggi daripada perempuan-perempuan lain.

 

  • Diabetes:  Penyakit strok yang berlaku dimasa lampau.

 

  • Keturunan

 

FAKTOR RISIKO YANG BOLEH DIKAWAL:

 

  • Darah tinggi:  Darah tinggi adalah risiko yang paling penting untuk strok kerana ia dihadapi oleh ramai penduduk di Malaysia.  Walau bagaimanapun, ia selalunya senang dikawal.  Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggilah risikonya.  Sebab utama kadar strok berkurangan ialah kerana adanya rawatan berkesan.

 

  • Penyakit Jantung:  Jantung yang berpanyakit merupakan satu pam yang lemah dan boleh menjadi sumber darah beku.   Beberapa faktor penyakit koronari (aras kolesterol yang tinggi, merokok) juga merupakan faktor-faktor risiko strok.

 

  • Merokok

 

  • Kiraan sel darah merah yang tinggi :   Ketinggian kandungan sel darah merah adalah satu faktor risiko untuk strok kerana ini menyebabkan darah menjadi pekat dan memudahkan pembentukan darah beku.

 

  • Serangan strok sementara (TIA):   Keadaan ini mempunyai ciri-ciri strok tetapi pulih dalam masa kurang dari 24 jam.   Serangan strok sementara adalah amat penting; ia menandakan kemungkinan berlakunya strok.  Ia selalunya dirawat dengan ubat yang menahan daripada berlakunya pembekuan darah.

 


Produk kami yang mampu memberikan oksigen kepada badan dengan mencukupi adalah cellrenew...sesiapa yang melayari blog ini harus mencuba....jangan takut untuk mencuba...InsyaAllah cellrenew dapat membantu memberikan oksigen yang mencukupi kepada badan anda dan seterusnya dapat menghilangkan strok.



jika anda ingin mendapatkan cellrenew...hubungi atau sms kepada saya di talian 0175658406..

11 Comment(s) / Post Comment

Thursday, September 13th 2007

5:34 PM

Alhamdulillah Ramadhan tiba juga>>>....

  • Mood:
Alhamdulillah bersyukurlah kehadrat Ilahi dengan rahmatnya..Ramadhan untuk tahun ini tiba juga,,
Semoga keberkatan dibulan ini dapat memberikan impak yang maksima kepada bisnes smart naco InsyaAllah.....Sebelum itu marilah kita bersama berdoa kepada Allah semoga menyelamatkan bumi palestin dari belengu zionis laknatullah,,,..semoga perjuangan para mujahidin disana dapat diambil iktibar dan semangat juang mereka mempertahankan Islam ditanam didalam jiwa kita juga,,,
Sebelum ni aku telah menghadiri 
Program Lifestyle Career Choice (LCC)  yang buat pertama kali berjaya dilancarkan pada 090907....program yg berjalan dengan lancar sekali dengan izin ALlah ....


para peserta yg sibuk menjalani programm



barisan pelapis..


semoga semua terus suksess....!!!!!

bersama saya mencapai impian
53 Comment(s) / Post Comment

Thursday, August 16th 2007

4:41 PM

Assalamualaikum kepada semua....baru-baru ni aku ada baca majalah apprentice(sst). Memang menarik dan boleh dibuat paduan perniagaan kepada ahli-ahli baru....memang kita kena berani untuk gagal...tiada kejayaaan yang kita boleh dapat dengan goyang kaki je.  Kepada yang baru mel;awat blog ni, aku ingin mengajak anda semua untuk bersama-sama kami(sst) untuk meneruskan perjuangan dalam perniagaan. Banyak pengalaman hidup boleh diperolehi dari sini. Perniagaan yang telah berkembang baik di Indonesia, Singapore. Jangan tunggu lagi...daftarlah sekarang dan berjuang bersama kami....
12 Comment(s) / Post Comment

Friday, July 6th 2007

7:05 AM

PERMULAAN HIDUP BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Memang dah lama tak upgrade blog ni...Maklumlahkan dah start belajar balik..kalau sebelum ni lepak kat rumah....sekarang dah kena tengok buku balik....Dah lepas cuti 7 bulan kalau nak tengok buku memang berat la...he..he.Tapi nak buat macammana, kena jugak...Tapi dalam sibuk-sibuk ni, sempat jugak la aku pi smart start training kat Ampang...Best jugak...naik semangat aku untuk terus bersama SST & Smart Naco ni...Apapun terima kasih banyak-banyak kepada semua yang memberi sokongan samada secara langsung atau tidak langsung...Alhamdulillah aku dipertemukan Allah S.W.T dengan SST...

 

 

ALLAH AKAN SENTIASA BERSAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN

1 Comment(s) / Post Comment

Sunday, June 24th 2007

7:43 PM

Erti satu saat untuk saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 

Satu saat pada setiap orang membawa erti yang berbeza-beza. Satu saat yang akan datang adalah masa depan. Satu saat yang akan datang boleh mengubah hidup kita samaada menjadi lebih baik atau sebaliknya. Namun dikalangan kita termasuklah diri saya selalu mengharapkan sesuatu yang lebih baik akan terjadi tanpa usaha! Bagaimana? Ibu saya selalu berpesan jangan selalu berangan...sebab berangan boleh habiskan masa saya walaupun  satu saat bukan. Apa yang perlu dilakukan adalah mengubah angan-angan itu menjadi kenyataan. InsyaAllah saya akan bersama SST mencapai impian!!!

12 Comment(s) / Post Comment

Saturday, June 16th 2007

10:17 PM

ANDA YANG TENTUKAN HIDUP ANDA

  • Mood: HAPPY

Sudah diketahui dan memang patut diketahui oleh semua orang yang sebenarnya diri kita yang menentukan diri kita dimana, akan kemana,kerana Allah s.w.t tidak akan mengubah diri kita melainkan diri kita yang mengubahnya...jika anda ingin mengubah kehidupan anda menjadi usahawan mlm, anda boleh daftar dengan saya di

http://www.smart-life4u.com/faisal.html 

insyaAllah saya akan bantu..

10 Comment(s) / Post Comment

Wednesday, June 13th 2007

5:30 AM

BERSAMA-SAMA

  • Mood:

Bersama-sama, kita membina,

Masa depan yang lebih gemilang,

Kita tanamkan, tekad di hati,

Berusaha menuju wawasan..

 

Bersama ini.....kita pertahankan,

Dan bersama-sama,

Kita pun bekerja..

Agar hidup ini diberkati....

 

Hindarkan kemalasan,

Jauhilah comp. investment...

Kutip duit and cabut....

Prospek pun terbeliak...

0 Comment(s) / Post Comment

Monday, June 4th 2007

9:24 PM

RAHSIA JUTAWAN

  • Mood: Very Excited

Soalan yang akan selalu ditanya kepada jutawan:

Apakah rahsia Datuk untuk berjaya?

Jutawan akan menjawab hanya dengan tiga perkataan iaitu:

Keputusan yang tepat.


Orang akan bertanya lagi:

Bagaimana untuk mendapat keputusan yang tepat?

Jutawan akan menjawab dengan satu perkataan:

PENGALAMAN


Orang akan bertanya lagi:

Bagaimana untuk mendapatkan pengalaman?

Jutawan akan menjawab dengan tiga perkataan:

 Salah membuat keputusan!!!


9 Comment(s) / Post Comment

Sunday, June 3rd 2007

5:32 AM

PRODUK KAMI





Minum susu untuk kesihatan
12 Comment(s) / Post Comment